CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 29, 2009

Smallville Season 1


Semua dalam format DVDRip.
Selamat menyedut yerk..

  1. Episode 1 : Pilot
  2. Episode 2 : Metamorphosis
  3. Episode 3 : Hothead
  4. Episode 4 : X-Ray
  5. Episode 5 : Cool
  6. Episode 6 : Hourglass
  7. Episode 7 : Craving
  8. Episode 8 : Jitters
  9. Episode 9 : Rogue
  10. Episode 10 : Shimmer
  11. Episode 11 : Hug
  12. Episode 12 : Leech
  13. Episode 13 : Kinetic
  14. Episode 14 : Zero
  15. Episode 15 : Nicodemus
  16. Episode 16 : Stray
  17. Episode 17 : Reaper
  18. Episode 18 : Drone
  19. Episode 19 : Crush
  20. Episode 20 : Obscura
  21. Episode 21 : Tempest (1)
p/s : Tekan saje kat setiap episode untuk mendownload...

Tuesday, July 28, 2009

Tips Diet Untuk Kuruskan Badan

Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

  1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
  2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa2pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

  • Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
  • Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  • Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  • Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  • Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  • Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  • Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  • Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…
Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…

10 amalan ke arah hidup sihat, kurang stress!

Peningkatan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti bukan lagi satu perkara asing di negara ini.

Pakar-pakar kesihatan sependapat bahawa kesihatan yang baik, ‘kebebasan’ dan kenikmatan hidup datangnya dari aktiviti gaya hidup sihat dan merupakan jalan terbaik memperoleh dan mengekalkan tahap kesihatan anda dalam keadaan yang baik. Berikut merupakan 10 daripada bermacam-macam cara untuk anda mencapai kesihatan yang optimum dan mengurangkan tekanan.

1. Berhenti merokok.
Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.

2. Tarik nafas dalam-dalam
Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stres dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.

3. Jaga gigi anda.
Berus dan flos gigi anda. Ia menghapuskan nafas berbau, mengelakkan plak serta meningkatkan keyakinan diri. Pengambilan bakteria baik Lactobacillus acidiphilus NCFM® setiap hari membantu mengimbangi mikroflora usus, memperbaiki penghadaman dan nafas berbau. Malah bau yang nyaman semestinya memberikan anda lebih semangat untuk berhadapan dengan orang ramai.

4. Minum, minum dan minum air!
Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.

5. Bersarapan!
Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.

6. Pilih makanan yang sihat
Ambil perhatian semasa memasak atau makan di luar. Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.

7. Gunakan tangga
Pilihlah untuk menaiki 50 anak tangga berbanding eskalator. Ia juga mampu melegakan stres. Mulakan dengan berjalan selama 50 minit sehari.

8. Selingkan senaman semasa bekerja
Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.

9. Senaman bangkit tidur
Sebelum bangkit dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .

10. Berjalan
Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang. Berjalan menggunakan pedometer untuk mengira langkah mungkin lebih menyeronokkan. Ia dipakai pada tali pinggang sepanjang hari dan akan menunjukkan jumlah kalori yang dibakar selepas berjalan.

Pemakanan yang seimbang dan senaman adalah dua faktor utama untuk mencapai kesihatan yang optimum. Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Mengekalkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan. Makanlah berdasarkan ilmu di dada dan bukan atas selera dan nafsu sahaja!

Monday, July 27, 2009

Assalamualaikum…

Sekadar renungan...

Tentu kawan² yang belum berkahwin lagi macam saya ni seringkali diaju dengan soalan (BILA NAK KAHWIN???) oleh teman² anda kan...?
Kadang² naik geram dibuatnya… yelah bila kita tak jawab macam² pulak depa kata kat kita.. Bila kita kata tak ada calon depa kata memilih la jual mahal la, bila kata belum sampai seru pulak depa kata kita ni tak usaha..Hai macam² persoalan diajukan..
Tapi apakan daya dah lumrah bagi orang yang belum kahwin lagi…
Bila dah kahwin pula soalan (BILA NAK DAPAT ANAK?) pula ditanya…
Errmmmm… Begitulah lumrah manusia suka jaga tepi kain orang…
Jadi, sama²lah kita ikuti coretan kat bawah ni…

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba(he..he..ni cadangan pelik kawanku)

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.
Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

P/s: Sesuai utk diberikan sbg jawapan bila org tanya "bila nak kawin??" :)
Ilmu kongsian bersama...

Wallahu'alam,
Wassalam...

Kau MUNAFIK...!!

Assalamualaikum...

Sekadar renungan..

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata. Rahisd tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlalu, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk.

Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Mahgrib.

"Dah Mahgrib, bang. Berhenti sekejap."

Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak diturutinya.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikan kereta,
meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.

"Kiah pergilah&abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid
mudah.

Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.

"Ha terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."

"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."

"Tak apa kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."

Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

"Ya Allah selamatkan kami" bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir.

Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.

"Tersepit tak boleh tarik"

"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital."

Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S. W. T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"

Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik" pinta Rashid dengan nada sayu.

"Mengucap cik & berdoa kepada Allah cik akan selamat."

"Sabar encik tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."

Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu. Syukur & pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang memakai jubah seba putih, berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah selamatkanlah aku"

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik kenapa tak boleh keluar?"

Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita, kena panggil orang yang tahu" terdengar sebuah pendapat.

Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan tolong saya tuan"

"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala"

"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan"

"Kamu berdoa kepada siapa?"

Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."

"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!"

Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar. Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid.

Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas.

Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang abang! Abang!!"

Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur dah naik serak suara Kiah mengejutkan abang"

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat.

"Kiah tunggu sekejap abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta.

Zakiah tercengang, namun senyuman merekah di bibirnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"KASIH...Keindahan MU Merupakan Ma'rifat Yang Tersembunyi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal...

Wallahu'alam,
Wassalam...

Bagaikan Tiada Jodoh ? | Keluhan Si Bujang |

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Tertarik saya dengan nota ini, saya baru je terbaca kembali dan terlintas untuk berkongsi disini disebabkan ramai yang mengeluh dik jodoh dan usia yang meningkat tak punya apa lagi. Kawan² bersusun anak. Sabarlah, Semuanya ada hikmahnya... Jom! kita Renung nukilan ringkas nih...

Keluhan,
Seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tmpt yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk andai kata seseorg yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal laksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing², padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

*Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

*Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

*Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan²nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan, bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda kerana ALLAH S.W.T dan Nabi-Nya junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, bukan bernikah kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

- Andai ada jodoh insyaAllah aku pun berharap untuk berumahtangga cepat..he8x

Sekadar renungan..wallahu'alam
Wassalam...

Monday, April 20, 2009

In-Team - Hamzah Asadullah

Kesedihan para mukminin
Masih terpancar di pedang musyirikin
Sedang darah para syuhada’
Masih merah di lantai sirah

Ketamakkan kepada harta
Mungkin itu jadi puncanya
Maka Allah menjadi murka
Sehingga Nabi pun turut terluka

Dalam ramai umat yang gugur
Satu jasad tubuhnya hancur
Kepiluan beratapan
Menangisi satu kehilangan

Dan setelah dikenal pasti
Dia Hamzah perisai nabi
Biar nyawa dikorbankan
(Jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat

Di sebalik ketewasanmu
Ada syurga sedang menunggu
Tiap perintah mengandung hikmah
Keingkaran kan mengundang padah

لإاله إلاالله
هو سيدنا همزة اسدالله
Dikaulah perisai Rasulullah
Berjuang berkorban demi Allah

Sudahkah puas hatimu Hendon
Dapat melapah hati dan jantung
Terbalaskah dendam kesumat
Yang sekian lama telah tersemat

Lagu : Amin Inteam(Inteam Records)
Lirik: Alif Lam Ra’(Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Inteam Records
Penerbit : Amin Inteam & Frizdan
Susunan Muzik : Firdaus
Perkusi : Hamzah